FAEDAH TERBITAN DAN KEMUDAHAN

(a) Pemberian Pencen Terbitan kepada balu atau duda yang dikahwini gemulah semasa gemulah masih berkhidmat dan juga kepada anak kandung gemulah semasa hasil perkahwinan sedemikian :-

1. untuk balu atau duda, pemberian pencen terbitan seumur hidup walaupun berkahwin
semula;

2. untuk anak, pemberian pencen terbitan selagi tidak berkahwin, sehingga mencapai umur
21 tahun atau tamat pelajaran di peringkat ijazah pertama di institusi tinggi, yang mana
terkemudian; dan

3. pemberian pencen terbitan seumur hidup bagi anak yang cacat otak atau hilangupaya
jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri.

(Kadar pencen terbitan ialah 100% yang telah diberi kepada pesara selama tempoh
perbezaan antara 12 1/2 tahun dan tempoh selama mana pegawai itu berada dalam
persaraan dan, selepas itu 70% daripada kadar tersebut).

(b) Perbezaan pencen terbitan kepada balu atau duda yang dikahwini gemulah semasa
gemulah dalam persaraan, dan juga anak kandung gemulah hasil perkahwinan sedemikian
hanya selama tempoh perbezaannya antara tempoh 12 1/2 tahun dan tempoh selama
pegawai itu berada dalam persaraan. Implikasinya ialah jika kematian pesara berlaku
selepas 12 1/2 tahun dari tarikh persaraannya, pencen terbitan tidak boleh dibayar
kepada balu atau duda, dan / atau anak kandung yang dimaksudkan.