PEMBIAYAAN KENDERAAN TERPAKAI

253. Peraturan-Peraturan Dan Syarat-Syarat Pembiayaan Kenderaan Yang Sudah Terpakai

253.1 Peraturan-peraturan dan syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi jika pegawai membeli kereta atau motosikal yang sudah terpakai (termasuk kenderaan-kenderaan “recondition”): -

(a) Pembiayaan tidak boleh melebihi harga kenderaan atau maksimum kelayakannya atau nilai kenderaan tersebut yang ditentukan oleh Jurutera Mekanikal Kerajaan.

(b) Semua kenderaan terpakai hendaklah dinilai dan dikeluarkan sijil nilaian kenderaan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.

(c) Semua sijil nilaian kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal hendaklah disertakan dengan butir-butir berikut:

i) Nama pemilik berdaftar;

ii) Jenis, nombor pendaftaran dan kuasa enjin kenderaan;

iii) Nombor “chasis” dan nombor enjin;

iv) Nilai kereta/motosikal; dan

v) Baki tempoh kereta/motosikal tersebut berekonomi dan selamat dipakai dari segi mekanikal.

(d) Tempoh bayaran balik harga jualan hendaklah ditentukan berdasarkan kepada baki tempoh kenderaan berekonomi dan selamat dipakai dari segi mekanikal sebagaimana dinilaikan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.

253.2. Salinan asal sijil nilaian kenderaan tersebut hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan. Satu salinan sijil itu juga hendaklah disertakan dengan baucar pembayaran.

253.3. Kenderaan tersebut mestilah boleh dilindugi dengan takaful kenderaan (komprehensif) sehingga baki harga jualan diselesaikan. Ketua Jabatan hendaklah mempastikan pegawai mengemukakan surat pengesahan daripada pengendali takaful berkenaan bahawa sijil takaful kenderaan (komprehensif) boleh dikeluarkan sebelum meluluskan permohonan.

254. Kelulusan

(a) Kakitangan yang berjaya akan mendapat surat kelulusan dan tawaran pembiayaan kenderaan.

(b) Surat perjanjian (salinan) pembiayaan kenderaan seperti di lampiran AF adalah dikehendaki disetem secukupnya berdasarkan kepada amaun pembiayaan Universiti iaitu pada kadar RM2.50 bagi setiap RM500.00 atau sebahagian darinya.

255. Hak Milik Atas Kenderaan

“Hakmilik Dituntut Oleh Universiti Malaysia Sarawak” di dalam buku pendaftaran kenderaan semasa pendaftaran nama pegawai sebagai pemilik berdaftar hendaklah dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan. Catitan ini hanya boleh dibatalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan apabila Universiti memberitahu secara bertulis bahawa bayaran balik itu telah diselesaikan dengan sepenuhnya.