Cebisan Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia

Sempena Pembentangan Bajet 2009 - 29 Ogos 2008 Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

1. Berkaitan dengan persaraan dan pencen :-
'Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang
menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah
berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada
RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.'

2. Huraian
a. Hanya untuk : 1. Pesara yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun; dan
2. Balu atau duda dan anak yang menerima pencen terbitan bagi perkhidmatan gemulah
pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.

b. Pencen minimum RM720 sebulan diberi mulai Januari 2009 kepada individu di perenggan
2 (a)(1) dan (2) yang sebelum itu menerima kurang daripada RM720 sebulan.

c. Pencen minimum RM720 adalah termasuk apa-apa potongan. Sila lihat contoh seperti di
perenggan e(1) dan e(2).

d. Pemberian pencen tambahan bagi pencen terbitan adalah berdasarkan pencen pokok dan
bukan pembahagian syer penerima. Lihat contoh seperti di perenggan e(3).

e. Contoh-contoh perkiraan :-
1. Pesara A (yang mempunyai tempoh perkhidmatan 27 tahun) telah diberi pencen sebanyak
RM850 sebulan tetapi hanya menerima RM300 sebulan kerana baki RM550 adalah bagi
kutipan-balik pinjaman perumahan. Pesara ini sudahpun diberi pencen pokok lebih daripada
RM720 dan TIDAK akan diberi apa-apa tambahan.

2. Pesara B (yang mempunyai tempoh perkhidmatan 29 tahun) telah diberi pencen RM570
sebulan tetapi hanya menerima RM300 sebulan kerana baki RM270 adalah bagi kutipan-
balik pinjaman perumahan. Pesara ini akan menerima pencen tambahan (RM720 - RM570)
iaitu RM150 mulai Januari 2009.

3. Gemulah Pegawai C telah meninggal dunia selepas berkhidmat 31 tahun dan meninggalkan
2 balu. Pencen terbitan bagi perkhidmatan beliau ialah RM1200 sebulan. Setiap balu
menerima syer pencen terbitan RM600 sebulan. Memandangkan pencen terbitan pokok
(iaitu RM1200) dalam kes ini sudah melebihi RM720, tiada pencen tambahan bagi kes ini
mulai Januari 2009.

Ruj. Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2008
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2008/06/pp062008.pdf

Soalan-soalan lazim bg tawaran opsyen semula kpd anggota yang telah memilih skim KWSP - PP Bil.19/2008 , 1/2009
http://www.jpapencen.gov.my/Soalan%20Q&A%20_PP19-08%20&%20PP1-09_[30.3.09].pdf