Seminar Kewangan



Pada 16 Julai 2009, Pejabat Bendahari telah mengadakan Seminar Kewangan di Auditorium PKMA yang dirasmikan oleh Naib Canselor. Seramai 100 orang peserta yang terdiri dari Dekan/Timbalan Dekan, Ketua PTJ, Penolong Pendaftar, Penolong Akauntan serta Pembantu Tadbir Kewangan yang mengikuti seminar tersebut. Di hari perasmian seminar tersebut, turut dilancarkan juga (soft launch) ialah Perkhidmatan Talian Pejabat Bendahari dan e-Claim. Topik-topik yang dibentang dalam seminar tersebut adalah (1) Perlaksanaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Universiti yang disampaikan oleh Timbalan Bendahari, Puan Saniah Hj Mohd Hussain (2) Perlaksanaan Tatacara Pengurusan Sebutharga yang dibentang oleh Ketua Penolong Bendahari, Puan Zubaidah Abdul Ghani dan Bengkel E-Claim oleh Cik Norashikin Morshidi, Penolong Bendahari Kanan.

Pada 17 Julai 2009, bengkel e-Claim telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta seminar penggunaan e-Claim secara online. E-Claim merupakan satu sistem bagi mengurus pembayaran tuntutan belanja perjalanan secara online dimana permohonan, semakan, pengesahan, kelulusan dan penyediaan baucar bayaran dilakukan diperingkat Pusat Tanggungjawab. Pihak Pejabat Bendahari hanya akan mengeluarkan baucar bayaran dan cek bayaran yang akan dihantar melalui disket ke RHB Bank untuk dikredit terus ke dalam akaun penerima bayaran. Bayaran tuntutan perjalanan akan dilakukan seminggu sekali berbanding sebelum ini sebulan sekali. Ini merupakan titik permulaan kepada Pejabat Bendahari untuk merealisasikan sistem elektronik dalam urusan bayaran sebagai usaha untuk memberi kemudahan kepada staf dalam membuat tuntutan mereka secara atas talian.