Penangguhan Bayaran Sebahagian Ganjaran Berkaitan Persaraan Pilihan

Rujukan : JPA/PEN(S)228/25/5-11(22) bth. 25 Januari 2010

2. Kerajaan telah memutuskan persaraan pilihan anggota Sektor Awam (iaitu pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Negeri serta pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan) akan diluluskan dengan syarat anggota bersetuju dibayar 20% daripada ganjaran atau RM10,000.00, mengikut mana yang lebih, ketika bersara dan selebihnya akan dibayar pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Kerajaan, tidak melapaui tarikh anggota mencapai umur bersara wajib mengikut syarat perlantikan atau opsyen umur persaraan wajib. Walaubagaimanapun, wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan pencen bulanan akan dibayar sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang pencen.

3. Ganjaran yang dimaksudkan akan dibayar kepada pesara selepas semua hutang piutangnya kepada Kerajaan telah dijelaskan. Sekiranya ganjarannya didapati tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, maka baki hutang piutang akan ditolak dari GCR. Jika ganjaran dan GCR tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, bakinya akan ditolak dari pencen pesara sehingga selesai.

4. Kelonggaran syarat diperenggan 2 boleh diberikan bagi persaraan pilihan yang dipohon atas sebab-sebab seperti di bawah tertakluk kepada ditunjukkan bukti bertulis mengenai sebab-sebab itu.

(a) Rawatan perubatan diperlukan oleh anggota atau ahli keluarganya. (Berasaskan surat akuan bertulis oleh Pegawai Perubatan Kerajaan)
(b) Perbelanjaan pendidikan diperlukan bagi anggota atau ahli keluarga. (Berasaskan surat tawaran pengajian dan surat penerimaan pengajian dari institusi pendidikan).
(c) Anggota memerlukan kewangan bagi mengelakkan diri daripada tindakan kebankrapan. (Berasaskan dokumen berkaitan tindakan Undang-Undang ke atas anggota).

5. Sekiranya anggota bersetuju dengan syarat bersara pilihan di atas, beliau hendaklah mengisi dang mengemukakan Surat Persetujuan/Permohonan Pengecualian Syarat Penangguhan Bayaran Sebahagian Ganjaran Berkaitan Persaraan Pilihan. Memandangkan kelulusan permohonan persaraan pilihan bagi pegawai perkhidmatan awam negeri dilakukan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Surat Lampiran B bagi mereka hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan sesalinan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ketika permohonan faedah persaraannya dihantar. Manakala permohonan pengecualian syarat penangguhan, sekiranya ada, hendaklah dicatatkan di atas surat yang sama untuk pertimbangan JPA.

6. Sekiranya pesara meninggal dunia sebelum menerima ganjaran sepenuhnya, baki ganjaran akan dibayar serta merta ganjaran sepebuhnya, baki ganjaran akan dibayar serta merta kepada orang tanggungannya seperti ditafsiran di Peraturahan 15(2), Peraturan-Peraturan Pencen 1980 atau Pearaturan 13(2), Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990 iaitu :-

(i) Balu atau duda;
(ii) Anak;
(iii) Balu atau duda dan anak ; atatu
(iv) Ibu kepada anggota yang mati atau sekiranya ibu telah mati, bapa tanggungnnya.

7. Sekiranya anggota ingin supaya baki ganjaran tersebut dibayar kepada selain daripada orang yang dinyatakan di perenggan 6, beliau hendaklah mengisi surat akuan seperti di Lampiran C (untuk pesara beragama Islam) atau Lampiran D (untuk pesara bukan beragama Islam). Surat akuan (Lampiran C atau D) hendaklah dikeukakan kepada JPA bersekali dengan dokumen permohonan faedah persaraannya.

8. Syarat penangguhan bayaran sepenuhnya ganjaran berkaitan dengan persaraan pilihan ini hanya terpakai bagi kelulusan persaraan pilihan pada dan selepas 1 Februari 2010. Semua persaraan pilihan yang telah diluluskan sebelum 1 Februari 2010 walaupun tarikh kuat kuasa persaraannya adalah selepas tarikh itu akan dibayar ganjaran sepenuhnya.

Tan Sri Ismail Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.

http://www.jpa.gov.my/docs/se/2010/se25012010.pdf