Showing posts with label Aktiviti dan Berita. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti dan Berita. Show all posts

Bengkel Kaedah Pengiraan Tuntutan Perjalanan

Pada 28 Ogos 2009 bertempat di Auditorium PKMA telah berlangsung bengkel tersebut anjuran Unit Gaji & Hasil. Bengkel tersebut adalah merupakan susulan kepada e-Claim yang telah di diperkenalkan pada 16 Julai 2009. Tujuan bengkel tersebut bagi mendedahkan kepada staf yang terlibat dengan e-Claim kaedah pengiraan tuntutan perjalanan yang akan diselia serta urusan bayarannya dilakukan di PTJ masing-masing. E-Claim diperkenalkan bagi memberi kemudahan supaya semua tuntutan perjalanan dapat diurus bayarannya lebih awal dari sebelum ini.

Bengkel ini melibatkan kesemua staf W17, W27 dan N17 yang terlibat langsung dengan urusan e-Claim di PTJ. Seramai 65 orang peserta yang hadir dibengkel tersebut yang dijalankan dalam satu hari. Penerangan semula kaedah e-Claim telah diterangkan semula oleh Encik Alias b Baki dan Kaedah Pengiraan Tuntutan Perjalanan diperjelaskan oleh Penolong Bendahari Kanan, Cik Norashikin bt Morshidi manakala latihan secara kumpulan telah diselia oleh Cik Hamisah bt Ahmad dan Puan Sharifah Zuhaiza.

Seminar Kewangan



Pada 16 Julai 2009, Pejabat Bendahari telah mengadakan Seminar Kewangan di Auditorium PKMA yang dirasmikan oleh Naib Canselor. Seramai 100 orang peserta yang terdiri dari Dekan/Timbalan Dekan, Ketua PTJ, Penolong Pendaftar, Penolong Akauntan serta Pembantu Tadbir Kewangan yang mengikuti seminar tersebut. Di hari perasmian seminar tersebut, turut dilancarkan juga (soft launch) ialah Perkhidmatan Talian Pejabat Bendahari dan e-Claim. Topik-topik yang dibentang dalam seminar tersebut adalah (1) Perlaksanaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Universiti yang disampaikan oleh Timbalan Bendahari, Puan Saniah Hj Mohd Hussain (2) Perlaksanaan Tatacara Pengurusan Sebutharga yang dibentang oleh Ketua Penolong Bendahari, Puan Zubaidah Abdul Ghani dan Bengkel E-Claim oleh Cik Norashikin Morshidi, Penolong Bendahari Kanan.

Pada 17 Julai 2009, bengkel e-Claim telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta seminar penggunaan e-Claim secara online. E-Claim merupakan satu sistem bagi mengurus pembayaran tuntutan belanja perjalanan secara online dimana permohonan, semakan, pengesahan, kelulusan dan penyediaan baucar bayaran dilakukan diperingkat Pusat Tanggungjawab. Pihak Pejabat Bendahari hanya akan mengeluarkan baucar bayaran dan cek bayaran yang akan dihantar melalui disket ke RHB Bank untuk dikredit terus ke dalam akaun penerima bayaran. Bayaran tuntutan perjalanan akan dilakukan seminggu sekali berbanding sebelum ini sebulan sekali. Ini merupakan titik permulaan kepada Pejabat Bendahari untuk merealisasikan sistem elektronik dalam urusan bayaran sebagai usaha untuk memberi kemudahan kepada staf dalam membuat tuntutan mereka secara atas talian.

Mesyuarat Bendahari-Bendahari IPTA Bil. 50


Pada 15 Disember 2008, Mesyuarat Bendahari-Bendahari IPTA Ke-50 telah diadakan di Sarawak. UNIMAS telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Seramai 23 orang Bendahari dan Timbalan Bendahari dari IPTA seluruh Malaysia telah hadir di mesyuarat tersebut.

IPTA tersebut adalah terdiri daripada (1) Universiti Malaya, (2) Universiti Sains Malaysia, (3) Universiti Putra Malaysia, (4) Universiti Teknologi Malaysia, (5) Universiti Utara Malaysia, (6) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, (7) Universiti Malaysia Sabah, (8) Universiti Teknologi MARA, (9) Universiti Pendidikan Sultan Idris, (10) Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, (11) Universiti Teknikal Malaysia Melaka, (12) Universiti Malaysia Pahang, (13) Universiti Malaysia Terengganu, (14) Universiti Malaysia Perlis, (15) Universiti Darul Iman Malaysia, (16) Universiti Malaysia Kelantan, (17) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, (18) Universiti Kebangsaan Malaysia dan (19) Universiti Malaysia Sarawak.


Brainstorming 2008

Improving Financial Practices & Work Culture

Program ini telah yang dianjurkan oleh Pejabat Bendahari di Santubong Resort Kuching pada 24 - 25 Mei 2008 dengan jayanya. Kesemua staf Pejabat Bendahari termasuk semua gred W17 & W27 di Fakulti / Bahagian / Institut terlibat dalam program ini. Program yang julung kali di adakan diluar kampus. Sepanjang 2 hari program tersebut, pelbagai aktiviti telah disusun bagi meningkatkan budaya kerja serta membuka minda kakitangan ke arah yang lebih jauh bagi memberi lebih kefahaman serta keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan harian mengikut peraturan-peraturan kewangan Universiti yang telah ditetapkan. Tuan Hj Mazlan Kiflie, selaku Bendahari, (gambar sebelah kiri) telah terlibat sama dalam memberi ceramah yang bertajuk Integriti & Halatuju Pejabat Bendahari, selain daripada itu juga Pendaftar, Prof Dr Hj Hamsawi Sani turut juga memberi ceramah bertajuk Visi & Misi Unimas.

Ceramah yang turut diberikan pada dua (2) hari tersebut ialah seperti berikut :- Our Dream Team - Puan Saniah Hj Mohd Hussain (Timbalan Bendahari), Nilai & Etika Kerja - Puan Zubaidah Abd Ghani (Penolong Bendahari Kanan) dan Motivasi - Cik Norashikin Morshidi (Penolong Bendahari). Beberapa kumpulan telah diwujudkan dengan setiap kumpulan mempunyai tugasan masing-masing yang akan di persembahkan pada hari kedua program tersebut. Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang Penolong Bendahari diikuti lebih kurang 10 orang kakitangan dari gred jawatan (W17, W22, N17) yang lain. Tugasan-tugasan yang diberi kepada setiap kumpulan bertajuk - Urusan khidmat pelanggan, Komunikasi berkesan, Prestasi kerja, Kerja berpasukan, Amanah & Tanggungjawab.

Semasa persembahan kumpulan, cara atau teknik penyampaian adalah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Manakala disebelah malamnya pula, di adakan majlis himpunan mesra. Sebagai menjalinkan hubungan mesra diantara staf baru dan lama, majlis bertukar-tukar cenderahati telah dilakukan dengan harapan tiada sebarang halangan interaksi diantara mereka semasa menjalankan tugasan harian pejabat walaupun tempat kerja yang berasingan. Selepas itu setiap kumpulan meneruskan perbincangan ke atas tugasan yang akan dipersembahkan pada keesokan harinya.
Hasil dari program tersebut, kumpulan-kumpulan yang telah diwujudkan akan dijadikan sebagai penggerak dalam memainkan peranan tugasan mereka dalam urusan pejabat mengikut sasaran yang telah direncanakan semasa persembahan pada waktu program tersebut. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat kerana telah memberi komitmen mereka.

Hari Raya Aidil Fitri 2008

Pada 15 Oktober 2008, Unimas telah mengadakan majlis ramah tamah aidil fitri bagi semua warga kampus. Majlis tersebut telah diadakan di Bangunan HEP yang disertai lebih kurang 20 gerai dari fakulti, institut dan bahagian dengan menyediakan pelbagai jenis makanan. Turut hadir dimajlis tersebut ialah Naib Canselor serta isteri dan beberapa orang dari pihak luar. Pelbagai persembahan turut disajikan dalam majlis tersebut. Selain daripada itu pertandingan hiasan gerai turut di adakan. Bahagian Canselori telah menjuarai gerai-gerai lain dengan diikuti oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Fakulti Kejuruteraan. Gambar (kiri) di atas menunjukkan Naib Canselor bersama isteri bersalaman dengan salah seorang kakitangan di gerai Pejabat Bendahari.
Gambar kanan - Sebahagian daripada staf Pejabat Bendahari yang terlibat dalam gerai tersebut . Klik pada gambar untuk paparan dalam saiz yang besar.