Showing posts with label Syarat Dan Kelulusan Pinjaman Kenderaan. Show all posts
Showing posts with label Syarat Dan Kelulusan Pinjaman Kenderaan. Show all posts

Dokumen Yang Perlu Bersama Borang Pinjaman Kenderaan

Pinjaman Kenderaan
  1. Salinan slip gaji yang terkini (2 salinan)
  2. Kad Pengenalan (2 salinan)
  3. Lesen memandu (2 salinan)
  4. Sebutharga (1 asal) & (1 salinan)
  5. Setiap salinan disahkan benar oleh Ketua Jabatan

2 orang penjamin berjawatan tetap & sah dalam jawatan

  1. Salinan slip gaji yang terkini (2 salinan setiap seorang)
  2. Kad Pengenalan (2 salinan setiap seorang)
  3. Setiap salinan disahkan oleh Ketua Jabatan

Pindaan Had Kelayakan Pinjaman Kenderaan

PEKELILING BENDAHARI BIL.5/2009

Selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.12 Tahun 2008 dan sebagaimana yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.2/2009 (Ke-44) pada 28 April 2009, pindaan syarat/had kelayakan pinjaman/pembiayaan membeli kereta bagi kakitangan Universiti adalah seperti berikut :-
  1. Permohonan pembiayaan untuk membeli kereta oleh seseorang pegawai yang mempunyai gaji pokok kurang daripada RM1,620.00 sebulan hanya boleh dipertimbangkan.......
  2. Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas RM70,000.00, Kumpulan Pengurusan dan Profesional RM65,000.00 & Kumpulan Sokongan dan ke bawah RM55,000.00
  3. Tempoh bayaran balik bagi kereta baru tidak melebihi 108 bulan dan bagi kereta terpakai tidak melebihi 96 bulan

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 28 April 2009.

Pindaan Had Kelayakan Pinjaman Kenderaan

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.12 Tahun 2008 (kuatkuasa mulai 28 Nov 2008)
http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp122008.pdf

2.1 (i) Untuk membeli kereta

(a) Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas
atau Timbalan Pesuruhjaya Polis hingga Ketua Polis Negara RM70,000

(b) Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penolong Penguasa
Polis hingga Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis RM65,000

(c) Kumpulan Sokongan atau Ketua Inspektor Polis dan ke bawah
(kelulusan khas bagi gaji RM1,620 ke bawah) RM55,000

(ii) Membeli Motosikal RM 5,000
(iii) Membeli Motobot RM 4,000
(iv) Membeli Enjin Motobot RM 3,500
(v) Membeli Bot RM 700
(vi) Membeli Basikal RM 500

Pinjaman/pembiayaan dan bayaran perkhidmatan/keuntungan hendaklah dibayar balik sebanyak yang sama jumlahnya pada tiap-tiap bulan :-

(a) Bagi kereta baru tidak melebihi 108 bulan
(b) Bagi kereta yang sudah terpakai tidak melebihi 96 bulan

Jadual bayaran balik bulanan pinjaman :-

Tempoh pinjaman Bayaran balik bulanan bagi tiap-tiap RM1,000

1 tahun 85.15
2 tahun 43.42
3 tahun 29.52
4 tahun 22.58
5 tahun 18.42
6 tahun 15.65
7 tahun 13.67
8 tahun 12.19
9 tahun 11.04

Pindaan Had Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.12 Tahun 2008

(1) Untuk Membeli Kereta

(1.1) Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas atau Timbalan Pesuruhjaya
Polis hingga Ketua Polis Negara - RM70,000.00

(1.2) Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penolong Penguasa Polis hingga Penolong
Kanan Pesuruhjaya Polis - RM65,000.00

(1.3) Kumpulan Sokongan atau Ketua Inspektor Polis dan ke bawah (Kelulusan khas bagi gaji
RM1,620.00 ke bawah) - RM55,000.00

(2.1) Membeli Motosikal - RM5,000.00

(2.2) Membeli Motobot - RM4,000.00

(2.3) Membeli Enjin Motobot - RM3,500.00

(2.4) Membeli Bot - RM700.00

(2.5) Membeli Basikal - RM500.00

(3) Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan

(3.1) Bagi kereta baru tidak melebihi 108 bulan

(3.2) Bagi kereta yang sudah terpakai tidak melebihi 96 bulan

Rujukan : http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp122008.pdf

PEMBIAYAAN KENDERAAN TERPAKAI

253. Peraturan-Peraturan Dan Syarat-Syarat Pembiayaan Kenderaan Yang Sudah Terpakai

253.1 Peraturan-peraturan dan syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi jika pegawai membeli kereta atau motosikal yang sudah terpakai (termasuk kenderaan-kenderaan “recondition”): -

(a) Pembiayaan tidak boleh melebihi harga kenderaan atau maksimum kelayakannya atau nilai kenderaan tersebut yang ditentukan oleh Jurutera Mekanikal Kerajaan.

(b) Semua kenderaan terpakai hendaklah dinilai dan dikeluarkan sijil nilaian kenderaan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.

(c) Semua sijil nilaian kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal hendaklah disertakan dengan butir-butir berikut:

i) Nama pemilik berdaftar;

ii) Jenis, nombor pendaftaran dan kuasa enjin kenderaan;

iii) Nombor “chasis” dan nombor enjin;

iv) Nilai kereta/motosikal; dan

v) Baki tempoh kereta/motosikal tersebut berekonomi dan selamat dipakai dari segi mekanikal.

(d) Tempoh bayaran balik harga jualan hendaklah ditentukan berdasarkan kepada baki tempoh kenderaan berekonomi dan selamat dipakai dari segi mekanikal sebagaimana dinilaikan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.

253.2. Salinan asal sijil nilaian kenderaan tersebut hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan. Satu salinan sijil itu juga hendaklah disertakan dengan baucar pembayaran.

253.3. Kenderaan tersebut mestilah boleh dilindugi dengan takaful kenderaan (komprehensif) sehingga baki harga jualan diselesaikan. Ketua Jabatan hendaklah mempastikan pegawai mengemukakan surat pengesahan daripada pengendali takaful berkenaan bahawa sijil takaful kenderaan (komprehensif) boleh dikeluarkan sebelum meluluskan permohonan.

254. Kelulusan

(a) Kakitangan yang berjaya akan mendapat surat kelulusan dan tawaran pembiayaan kenderaan.

(b) Surat perjanjian (salinan) pembiayaan kenderaan seperti di lampiran AF adalah dikehendaki disetem secukupnya berdasarkan kepada amaun pembiayaan Universiti iaitu pada kadar RM2.50 bagi setiap RM500.00 atau sebahagian darinya.

255. Hak Milik Atas Kenderaan

“Hakmilik Dituntut Oleh Universiti Malaysia Sarawak” di dalam buku pendaftaran kenderaan semasa pendaftaran nama pegawai sebagai pemilik berdaftar hendaklah dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan. Catitan ini hanya boleh dibatalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan apabila Universiti memberitahu secara bertulis bahawa bayaran balik itu telah diselesaikan dengan sepenuhnya.

TEMPOH BAYARAN BALIK

252. Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman Kenderaan

(a) Tempoh bayaran balik adalah seperti berikut:

i) Kereta baru - tidak melebihi sembilan puluh enam (96) bulan;

ii) Kereta yang sudah terpakai - tidak melebihi lapan puluh empat (84) bulan

(tertakluk kepada para 253.1(d);

iii) Motosikal yang baru tidak melebihi tujuh puluh dua (72) bulan;

iv) Mototsikal yang sudah terpakai tidak melebihi empat puluh lapan (48) bulan

(tertakluk kepada para 253.1(d);

v) Motobot tidak melebihi empat puluh lapan (48) bulan;

vi) Enjin motobot tidak melebihi empat puluh lapan (48) bulan;

vii) Bot tidak melebihi dua puluh empat (24) bulan; dan

viii) Basikal tidak melebihi dua puluh (20) bulan.

AMAUN PEMBIAYAAN MAKSIMUM

250. Amaun Pembiayaan Kenderaan

a) Amaun pembiayaan maksimum yang boleh diberi kepada seseorang pegawai adalah seperti berikut:

Kenderaan - Had Pinjaman

i) Untuk Membeli Kereta

(a) Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas - RM60, 000

(b) Kumpulan Pengurusan dan Profesional - RM55, 000

(c) Kumpulan Sokongan dan ke bawah
(Kelulusan Khas bagi gaji RM1, 320 ke bawah) - RM45,000

ii) Membeli Motosikal - RM5, 000

iii) Membeli Motobot - RM4, 000

iv) Membeli Enjin Motobot -RM3, 500

v) Membeli Bot - RM700

vi) Membeli Basikal - RM500

(b) Bagi pembiayaan membeli motobot, enjin motobot dan Bot, Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah mempastikan bahawa pegawai itu adalah dikehendaki menggunakan bot/motobot/enjin motobot untuk tugas rasmi disebabkan kenderaan lain tidak boleh digunakan.

(c) Sekiranya harga belian kenderaan tersebut adalah melebihi daripada amaun pembiayaan maksimum, pegawai hendaklah menjelaskan sendiri amaun bayaran muka. Bayaran muka ini akan dianggap telah dijelaskan di dalam perkiraan bayaran balik.

251. Kadar Pembayaran Balik

Harga jualan, setelah ditolak bayaran muka, hendaklah dibayar balik oleh pegawai secara ansuran dan melalui potongan gaji pada tiap-tiap bulan. Kadar pembayaran ansuran tersebut adalah seperti perkiraaan tersebut:

Tempoh Pinjaman (tahun) & Bayaran Balik Bulanan Bagi Tiap-Tiap RM1000
1 Tahun - RM85.15
2 Tahun - RM43.42
3 Tahun - RM29.52
4 Thaun - RM22.58
5 Tahun - RM18.42
6 Tahun - RM15.65
7 Tahun - RM13.67
8 Tahun - RM12.19

PINJAMAN KENDERAAN

247. Pinjaman Kenderaan

Skim pembiayaan ini adalah ditawarkan kepada kakitangan Universiti yang layak berdasarkan kepada prinsip “Al-Bai’Bithaman ‘Ajil”.

247.1 Tafsiran di bawah ini hendaklah diikuti:-

“Al-Bai’ Bithaman ‘Ajil” bermakna jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.

Tafsiran

“harga belian” bererti jumlah kos bagi kenderaan yang akan dibeli oleh Universiti melalui bayaran seperti berikut:

i) amaun pembiayaan Universiti yang diluluskan kepada Pegawai;

ii) bayaran muka yang ditanggung oleh Pegawai jika harga kenderaan melebihi kelayakan Pegawai.

“amaun pembiayaan Universiti” bererti jumlah yang dibiayai oleh Universiti berdasarkan kepada kelayakan Pegawai.

“bayaran muka” bererti amaun perbezaan di antara harga belian dengan amau pembiayaan Universiti.

i) bayaran muka yang ditanggung oleh Pegawai jika harga kenderaan melebihi kelayakan pegawai;

ii) amaun pembiayaan dan keuntungan Universiti.

“keuntungan” bererti satu kadar keuntungan yang akan ditetapkan oleh Universiti dari semasa ke semasa.

“tugas rasmi” bererti tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus-kursus dan tidak termasuk perjalanan ulang-alik ke pejabat.

“polisi perlindungan Takaful” bererti suatu skim perlindungan insurans kenderaan yang berasaskan kepada prinsip saling jamin-menjamin yang diluluskan oleh Universiti.

248. Peraturan Mengemukakan Permohonan

a) Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam borang permohonan Lampiran AE yang ditetapkan sebanyak dua (2) salinan. Selepas permohonan diluluskan, surat perjanjian hendaklah disempurnakan dan disetemkan secukupnya. Salinan borang permohonan dan empat (4) salinan surat perjanjian yang telah disempurnakan hendaklah diedarkan seperti berikut:

i) Salinan asal dan salinan kedua borang permohonan dan surat perjanjian hendaklah dikembarkan kepada baucar bayaran dan dikemukakan kepada Pejabat Bendahari.

ii) Salinan ketiga borang permohonan dan surat perjanjian hendaklah disimpan oleh Pejabat Bendahari yang meluluskan permohonan pembiayaan kenderaan dan bertanggungjawab menguruskan bayaran pembiayaan kenderaan melalui potongan gaji yang berkenaan.

iii) Salinan keempat borang permohonan dan surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi pegawai/kakitangan.

249. Syarat-syarat Pembiayaan

(a) Pegawai-pegawai yang layak memohon pembiayaan kenderaan ialah pegawai-pegawai yang berjawatan tetap atau pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak dan memerlukan kenderaan untuk membolehkannya menjalankan tugas rasmi dengan sempurna.

(b) Sebarang permohonan pertukaran jenis kenderaan yang dibeli hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pegawai yang meluluskan pembiayaan.(Bendahari)

(c) Pembiayaan hanya boleh diberi kepada seseorang pegawai sekali sahaja dalam tempoh 5 (lima) tahun dan dengan syarat pembiayaan yang ada telah diselesaikan dan pinjaman terdahulu telah genap 5 (lima) tahun. Walau bagaimanapun, tempoh kelayakan ini boleh diberi kelonggaran dengan mendapat kelulusan khas dari Perbendaharaan jika kenderaan berkenaan mengalami kerosakan yang tidak ekonomi untuk dibaiki (TEB) dan tidak selamat dari segi mekanikal untuk dipakai, serta disahkan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.

(d) Pembiayaan kepada pegawai yang masih dalam tempoh percubaan atau kepada pegawai yang berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 (dua) orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.

(e) Jumlah pembiayaan tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran sumbangan takaful dan lain-lain bayaran tambahan yang berkenaan kepada kenderaan tersebut. Harga bersih kenderaan ialah harga kenderaan yang dilulus oleh Universiti dicampur dengan cukai eksais, cukai jualan, hawa dingin, getah pelapik lantai dan penahan lumpur. Bagi pembiayaan kereta Proton Saga selain daripada item-item tersebut, harga bersih kenderaan boleh juga termasuk harga item-item yang berikut:

i) Radio kaset;

ii) power window;

iii) central locking system;

iv) boot tray;

v) Penahan angin;

vi) Penahan karat;

vii) Jejalur badan, spoiler belakang dan skirting; dan

viii) Alarm kereta

(f) Kecuali pembiayaan untuk membeli bot dan basikal jumlah pembiayaan yang diluluskan, tertakluk kepada amaun kelayakan maksimum, hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang. Misalnya, bagi permohonan sebanyak RM13,950 pembiayaan yang boleh diluluskan ialah RM13,900. Satu lagi contoh ialah bagi membeli kereta yang berharga bersih RM19,993 tetapi pegawai berkenaan mempunyai kelayakan maksimum RM23,000 maka pembiayaan yang boleh diluluskan ialah RM19,900.

(g) Selagi pembiayaan belum lagi diselesaikan sepenuhnya:

i) Pegawai hendaklah menyertai takaful kenderaan (komprehensif). Jumlah yang diperlindungkan yang diambil pada tiap-tiap tahun hendaklah tidak kurang dari baki pembiayaan yang belum diselesaikan; dan

ii) Pegawai tidak boleh menjual, memindah hak milik atau menggadaikan kenderaan tersebut.

(h) Semasa mengemukakan permohonan, pegawai hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

i) Pegawai mempunyai lesen memandu yang sah; dan

ii) Jumlah ansuran potongan bulanan pembiayaan kenderaan berkenaan tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok pegawai dan jumlah semua potongan gajinya, termasuk ansuran potongan pembiayaan kenderaan berkenaan, tidak melebihi 60% dari gaji pokok serta elaun-elaun.

(i) Permohonan pembiayaan untuk membeli kereta oleh seseorang pegawai yang mempunyai gaji pokok kurang daripada RM1320 sebulan hanya boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengurusan Universiti dengan syarat:

Ketua Jabatan memperakukan bahawa:

i) Pegawai itu tidak dapat menjalankan tugas rasmi dengan cekapnya setiap hari tanpa menggunakan sebuah kereta sendiri, ataupun pegawai yang berkenaan telah disahkan oleh Lembaga Perubatan (Perintah Am Bab F) sebagai tidak boleh menunggang motosikal;

ii) Pegawai mempunyai lesen memandu yang sah;

iii) Jumlah ansuran potongan bulanan pembiayaan kenderaan tidak boleh melebihi 1/3 daripada gaji pokok pegawai dan jumlah semua potongan termasuk ansuran potongan pembiayaan kenderaan berkenaan, tidak melebihi 60% dari gaji pokok serta elaun-elaun;

iv) Jauh perjalanannya kerana tugas rasmi adalah melebihi daripada 200km tiap-tiap bulan, selama tiga (3) bulan berturut-turut; dan

v) Pegawai yang berkenaan telah diberi kelulusan untuk menuntut Elaun Hitungan Batu Kelas C.