Skim pembiayaan ini adalah ditawarkan kepada kakitangan Universiti yang layak berdasarkan kepada prinsip “Al-Bai’Bithaman ‘Ajil”.
247.1 Tafsiran di bawah ini hendaklah diikuti:-
“Al-Bai’ Bithaman ‘Ajil” bermakna jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.
Tafsiran
“harga belian” bererti jumlah kos bagi kenderaan yang akan dibeli oleh Universiti melalui bayaran seperti berikut:
i) amaun pembiayaan Universiti yang diluluskan kepada Pegawai;
ii) bayaran muka yang ditanggung oleh Pegawai jika harga kenderaan melebihi kelayakan Pegawai.
“amaun pembiayaan Universiti” bererti jumlah yang dibiayai oleh Universiti berdasarkan kepada kelayakan Pegawai.
“bayaran muka” bererti amaun perbezaan di antara harga belian dengan amau pembiayaan Universiti.
i) bayaran muka yang ditanggung oleh Pegawai jika harga kenderaan melebihi kelayakan pegawai;
ii) amaun pembiayaan dan keuntungan Universiti.
“keuntungan” bererti satu kadar keuntungan yang akan ditetapkan oleh Universiti dari semasa ke semasa.
“tugas rasmi” bererti tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus-kursus dan tidak termasuk perjalanan ulang-alik ke pejabat.
“polisi perlindungan Takaful” bererti suatu skim perlindungan insurans kenderaan yang berasaskan kepada prinsip saling jamin-menjamin yang diluluskan oleh Universiti.

248. Peraturan Mengemukakan Permohonan
a) Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam borang permohonan Lampiran AE yang ditetapkan sebanyak dua (2) salinan. Selepas permohonan diluluskan, surat perjanjian hendaklah disempurnakan dan disetemkan secukupnya. Salinan borang permohonan dan empat (4) salinan surat perjanjian yang telah disempurnakan hendaklah diedarkan seperti berikut:
i) Salinan asal dan salinan kedua borang permohonan dan surat perjanjian hendaklah dikembarkan kepada baucar bayaran dan dikemukakan kepada Pejabat Bendahari.

ii) Salinan ketiga borang permohonan dan surat perjanjian hendaklah disimpan oleh Pejabat Bendahari yang meluluskan permohonan pembiayaan kenderaan dan bertanggungjawab menguruskan bayaran pembiayaan kenderaan melalui potongan gaji yang berkenaan.
iii) Salinan keempat borang permohonan dan surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi pegawai/kakitangan.
249. Syarat-syarat Pembiayaan
(a) Pegawai-pegawai yang layak memohon pembiayaan kenderaan ialah pegawai-pegawai yang berjawatan tetap atau pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak dan memerlukan kenderaan untuk membolehkannya menjalankan tugas rasmi dengan sempurna.
(b) Sebarang permohonan pertukaran jenis kenderaan yang dibeli hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pegawai yang meluluskan pembiayaan.(Bendahari)
(c) Pembiayaan hanya boleh diberi kepada seseorang pegawai sekali sahaja dalam tempoh 5 (lima) tahun dan dengan syarat pembiayaan yang ada telah diselesaikan dan pinjaman terdahulu telah genap 5 (lima) tahun. Walau bagaimanapun, tempoh kelayakan ini boleh diberi kelonggaran dengan mendapat kelulusan khas dari Perbendaharaan jika kenderaan berkenaan mengalami kerosakan yang tidak ekonomi untuk dibaiki (TEB) dan tidak selamat dari segi mekanikal untuk dipakai, serta disahkan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.
(d) Pembiayaan kepada pegawai yang masih dalam tempoh percubaan atau kepada pegawai yang berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 (dua) orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.
(e) Jumlah pembiayaan tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran sumbangan takaful dan lain-lain bayaran tambahan yang berkenaan kepada kenderaan tersebut. Harga bersih kenderaan ialah harga kenderaan yang dilulus oleh Universiti dicampur dengan cukai eksais, cukai jualan, hawa dingin, getah pelapik lantai dan penahan lumpur. Bagi pembiayaan kereta Proton Saga selain daripada item-item tersebut, harga bersih kenderaan boleh juga termasuk harga item-item yang berikut:
i) Radio kaset;
ii) power window;
iii) central locking system;
iv) boot tray;
v) Penahan angin;
vi) Penahan karat;
vii) Jejalur badan, spoiler belakang dan skirting; dan
viii) Alarm kereta
(f) Kecuali pembiayaan untuk membeli bot dan basikal jumlah pembiayaan yang diluluskan, tertakluk kepada amaun kelayakan maksimum, hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang. Misalnya, bagi permohonan sebanyak RM13,950 pembiayaan yang boleh diluluskan ialah RM13,900. Satu lagi contoh ialah bagi membeli kereta yang berharga bersih RM19,993 tetapi pegawai berkenaan mempunyai kelayakan maksimum RM23,000 maka pembiayaan yang boleh diluluskan ialah RM19,900.
(g) Selagi pembiayaan belum lagi diselesaikan sepenuhnya:
i) Pegawai hendaklah menyertai takaful kenderaan (komprehensif). Jumlah yang diperlindungkan yang diambil pada tiap-tiap tahun hendaklah tidak kurang dari baki pembiayaan yang belum diselesaikan; dan
ii) Pegawai tidak boleh menjual, memindah hak milik atau menggadaikan kenderaan tersebut.
(h) Semasa mengemukakan permohonan, pegawai hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:
i) Pegawai mempunyai lesen memandu yang sah; dan
ii) Jumlah ansuran potongan bulanan pembiayaan kenderaan berkenaan tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok pegawai dan jumlah semua potongan gajinya, termasuk ansuran potongan pembiayaan kenderaan berkenaan, tidak melebihi 60% dari gaji pokok serta elaun-elaun.

(i) Permohonan pembiayaan untuk membeli kereta oleh seseorang pegawai yang mempunyai gaji pokok kurang daripada RM1320 sebulan hanya boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengurusan Universiti dengan syarat:
Ketua Jabatan memperakukan bahawa:
i) Pegawai itu tidak dapat menjalankan tugas rasmi dengan cekapnya setiap hari tanpa menggunakan sebuah kereta sendiri, ataupun pegawai yang berkenaan telah disahkan oleh Lembaga Perubatan (Perintah Am Bab F) sebagai tidak boleh menunggang motosikal;
ii) Pegawai mempunyai lesen memandu yang sah;
iii) Jumlah ansuran potongan bulanan pembiayaan kenderaan tidak boleh melebihi 1/3 daripada gaji pokok pegawai dan jumlah semua potongan termasuk ansuran potongan pembiayaan kenderaan berkenaan, tidak melebihi 60% dari gaji pokok serta elaun-elaun;
iv) Jauh perjalanannya kerana tugas rasmi adalah melebihi daripada 200km tiap-tiap bulan, selama tiga (3) bulan berturut-turut; dan
v) Pegawai yang berkenaan telah diberi kelulusan untuk menuntut Elaun Hitungan Batu Kelas C.