Showing posts with label Syarat Tuntutan Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Syarat Tuntutan Perjalanan. Show all posts

Pekeliling Bendahari Bil.6 Tahun 2010

Rujukan : UNIMAS/BEND/01/2-3 Jld.3 (4) bertarikh 01 Julai 2010

Pindaan Terhadap Kemudahan Dan Bayaran Semasa Berkursus Dan Elaun Perjalanan Kenderaan Semasa Bertugas Rasmi Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat Dan Peraturan Mengenai Penggunaan, Pengurusan Dan Penyelenggaraan Kenderaan

Asal PKPU

Perkara 213.6(a)

(1) Elaun Perjalanan Kenderaan.......menjalankan tugas rasmi samada di dalam atau di luar ibu pejabat adalah layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan...

(1.1) Tiada

(2) Perkara 223.1.2(i) (ii) (iii)
Kursus pendek di dalam kawasan Ibu Pejabat

(3) Perkara 224.1 (b) (i) (ii)
Kursus panjang di dalam kawasan Ibu Pejabat

(4) Perkara 225.1 (b) (i)
Kursus sambilan di dalam kawasan Ibu Pejabat

(5) Perkara 196
Buku log hendaklah disediakan bagi semua kenderaan...

Pindaan Kepada

(1) ....menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabat sahaja layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan...

(1.1) Pemandu kepada Pegawai Pengurusan Tertinggi Gred JUSA B dan ke atas serta setaraf adalah layak membuat tuntutan perjalanan dari rumah pemandu ke rumah pegawai pada setiap hari bertugas.

(2) Dibatalkan

(3) Dibatalkan

(4) Dibatalkan

(5) ....kecuali pegawai Gred Utama/Khas C ke atas yang tidak disediakan oleh pemandu dan semua Timbalan Naib Canselor dan Naib Canselor yang disediakan pemandu dikecualikan penyelenggaraan Buku Log.


Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 01 Julai 2010.

Pindaan Bab 9 - Wang Pendahuluan

Pekeliling Bendahari Bil. 2 Tahun 2005

PKPU Perkara 235 (c)(ii) - pindaan kepada Semua perjalanan di seluruh Malaysia bagi semua kategori kakitangan.

PKPU Perkara 235(c)(iii) - pindaan kepada Quontum pendahuluan yang boleh diberi adalah tidak melebihi 90% daripada jumlah tuntutan dijangka bagi semua pendahuluan diri.

Rujukan memo pekeliling bil. UNIMAS/05/01/2-3 Jld.2(7) bertarikh 29 Disember 2005.

Pekeliling ini berkuatkuasa pada 01 Januari 2006.

Bab 9 - Wang Pendahuluan

235. Kakitangan Universiti yang dikehendaki bertugas rasmi di luar Ibu Pejabat, sama ada di dalam atau diluar negeri adalah layak memohon Pendahuluan Diri tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-

(a) Hanya pendahuluan diri bagi bayaran Elaun Sewa Hotel dan Elaun Makan semasa menghadiri Kursus/Seminar/Bengkel, bertukar dan juga menjalankan tugas rasmi dan elaun pakaian panas dibenarkan.

(b) Tiada pendahuluan gaji boleh diberi kepada mana-mana kakitangan melainkan sebagaimana dilulus oleh pihak berkuasa Universiti.

(c) Pendahuluan elaun-elaun perjalanan hanya boleh dibayar dalam keadaan (situasi) sepertimana berikut:-

(i) Perjalanan Keluar Negeri bagi semua kategori kakitangan. [“Dalam Negeri dan “Keluar Negeri” adalah sebagaimana ditakrif dalam pekeliling Perkhidmatan 2 Tahun 1992]
(ii) Perjalanan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia bagi kakitangan dalam kategori B ke bawah sahaja.
(iii) Pendahuluan yang diberi cuma meliputi elaun diri sahaja – tiada pendahuluan untuk tambang menambang dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Kuontum pendahuluan yang boleh diberi adalah dalam lingkungan 75 – 85% daripada jumlah tuntutan dijangka.
(d) Tiada pendahuluan boleh dibayar kepada kakitangan untuk pembelian bahan atau peralatan. Semua perolehan hendaklah mengikut peraturan-peraturan pembelian/perolehan.
(e) Dalam keadaan di mana wang tunai mungkin diperlukan untuk kegunaan kecemasan (misalan:- untuk membeli petrol semasa kerja lapangan), pendahuluan cuma boleh diberi kepada Ketua Rombongan.
(f) Kuasa melulus adalah terhad di atas Pendahuluan Diri kepada Pegawai-Pegawai Universiti yang telah menyelesaikan kesemua pendahuluan diri yang lama. Bagi maksud ini pemohon adalah dikehendaki memberi akuan dalam borang permohonan bahawa Pendahuluan yang diambil sebelumnya, jika ada telah dibayar balik dengan sepenuhnya.
(g) Semua pendahuluan hendaklah diakaun dan/atau dikembalikan pada atau sebelum tarikh yang dicatat dalam borang pendahuluan. Jika tiada catatan mengenai ini, tarikh akhir tuntutan perlu dikembalikan ke Pejabat Bendahari adalah pada 10hb, bulan berikutan tarikh baucar pendahuluan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan gaji kakitangan berkenaan dipotong/ditahan sehingga amaun pendahuluan didapatkan balik. Tiada notis tambahan akan diberi oleh Pejabat Bendahari.
(h) Bayaran penaliti 10% setahun akan dikenakan kepada peminjam sekiranya gagal membayar balik baki wang pendahuluan diri yang diluluskan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tuntutan perlu dibuat.
(i) Permohonan bagi pendahuluan diri hendaklah dikemukakan melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing sebelum di kemukakan kepada Pejabat Bendahari.
(j) Had minima permohonan Pendahuluan Diri (untuk mengemukakan permohonan sila pastikan anggaran permohonan melebihi had minima) ialah:-
(i) Pengurusan & Profesional - RM500.00
(ii) Kumpulan Sokongan (kecuali kategori X & XI) - RM300.00
(iii) Kumpulan X dan XI - Tiada had minima
235.1 Pemberian Pendahuluan Diri tidak boleh dianggap sebagai satu kelulusan bagi membuat lawatan ke luar negeri.
235.2 Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan mengutip balik Pendahuluan Diri tersebut akan dikenakan denda surcaj atau tindakan tatatertib jika gagal untuk melaksanakan dan mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Universiti.

* Permohonan Pendahuluan Diri hendaklah dibuat dengan borang yang telah ditetapkan dalam 2 salinan dan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 4 hari sebelum seorang pegawai bertolak. Permohonan pendahuluan hendaklah menggunakan borang yang telah ditetapkan.

Bab 9 Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun & Kemudahan Pekerja & LPU

Bab 9

209 Kadar dan syarat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran bagi kakitangan Universiti menjalankan tugas rasmi.

209.1 “Tugas Rasmi” bermaksud tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain kecuali daripada menghadiri kursus yang dibenarkan dan “Ibu Pejabat” adalah tempat sesorang pegawai melapor diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah:-
Tafsiran

a) 25km jika boleh dihubungi oleh jalanraya

b) 16km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor.

c) 8km jika boleh dihubungi oleh jalan berbasikal atau sungai.

Dan, “Dalam Negeri” bermakna untuk diimplementasikan di Malaysia, Singapura, Brunei, Kalimantan dan Selatan Thailand (dari Phuket ke selatan)

“Gred” bermakna Gred Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002. Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-masing di bawah Sistem Saraan Baru (SSB)atau Kumpulan Gaji masing-masing di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana yang berkenaan. Jadual perubahan/perbandingan adalah seperti di Lampiran W1

209.2
Tanggungjawab Ketua Pusat Tanggungjawab adalah untuk memastikan agar tuntutan yang dikemukakan oleh seseorang pegawai itu teratur, munasabah, dan perpatutan.