Bab 9 Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun & Kemudahan Pekerja & LPU

Bab 9

209 Kadar dan syarat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran bagi kakitangan Universiti menjalankan tugas rasmi.

209.1 “Tugas Rasmi” bermaksud tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain kecuali daripada menghadiri kursus yang dibenarkan dan “Ibu Pejabat” adalah tempat sesorang pegawai melapor diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah:-
Tafsiran

a) 25km jika boleh dihubungi oleh jalanraya

b) 16km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor.

c) 8km jika boleh dihubungi oleh jalan berbasikal atau sungai.

Dan, “Dalam Negeri” bermakna untuk diimplementasikan di Malaysia, Singapura, Brunei, Kalimantan dan Selatan Thailand (dari Phuket ke selatan)

“Gred” bermakna Gred Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002. Pegawai yang membuat pilihan untuk tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-masing di bawah Sistem Saraan Baru (SSB)atau Kumpulan Gaji masing-masing di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana yang berkenaan. Jadual perubahan/perbandingan adalah seperti di Lampiran W1

209.2
Tanggungjawab Ketua Pusat Tanggungjawab adalah untuk memastikan agar tuntutan yang dikemukakan oleh seseorang pegawai itu teratur, munasabah, dan perpatutan.