Brainstorming 2008

Improving Financial Practices & Work Culture

Program ini telah yang dianjurkan oleh Pejabat Bendahari di Santubong Resort Kuching pada 24 - 25 Mei 2008 dengan jayanya. Kesemua staf Pejabat Bendahari termasuk semua gred W17 & W27 di Fakulti / Bahagian / Institut terlibat dalam program ini. Program yang julung kali di adakan diluar kampus. Sepanjang 2 hari program tersebut, pelbagai aktiviti telah disusun bagi meningkatkan budaya kerja serta membuka minda kakitangan ke arah yang lebih jauh bagi memberi lebih kefahaman serta keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan harian mengikut peraturan-peraturan kewangan Universiti yang telah ditetapkan. Tuan Hj Mazlan Kiflie, selaku Bendahari, (gambar sebelah kiri) telah terlibat sama dalam memberi ceramah yang bertajuk Integriti & Halatuju Pejabat Bendahari, selain daripada itu juga Pendaftar, Prof Dr Hj Hamsawi Sani turut juga memberi ceramah bertajuk Visi & Misi Unimas.

Ceramah yang turut diberikan pada dua (2) hari tersebut ialah seperti berikut :- Our Dream Team - Puan Saniah Hj Mohd Hussain (Timbalan Bendahari), Nilai & Etika Kerja - Puan Zubaidah Abd Ghani (Penolong Bendahari Kanan) dan Motivasi - Cik Norashikin Morshidi (Penolong Bendahari). Beberapa kumpulan telah diwujudkan dengan setiap kumpulan mempunyai tugasan masing-masing yang akan di persembahkan pada hari kedua program tersebut. Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang Penolong Bendahari diikuti lebih kurang 10 orang kakitangan dari gred jawatan (W17, W22, N17) yang lain. Tugasan-tugasan yang diberi kepada setiap kumpulan bertajuk - Urusan khidmat pelanggan, Komunikasi berkesan, Prestasi kerja, Kerja berpasukan, Amanah & Tanggungjawab.

Semasa persembahan kumpulan, cara atau teknik penyampaian adalah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Manakala disebelah malamnya pula, di adakan majlis himpunan mesra. Sebagai menjalinkan hubungan mesra diantara staf baru dan lama, majlis bertukar-tukar cenderahati telah dilakukan dengan harapan tiada sebarang halangan interaksi diantara mereka semasa menjalankan tugasan harian pejabat walaupun tempat kerja yang berasingan. Selepas itu setiap kumpulan meneruskan perbincangan ke atas tugasan yang akan dipersembahkan pada keesokan harinya.
Hasil dari program tersebut, kumpulan-kumpulan yang telah diwujudkan akan dijadikan sebagai penggerak dalam memainkan peranan tugasan mereka dalam urusan pejabat mengikut sasaran yang telah direncanakan semasa persembahan pada waktu program tersebut. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat kerana telah memberi komitmen mereka.